Kejadian kecurian di Temerloh yang terjejas teruk akibat banjir semakin menjadi-jadi dan terbaru melibatkan lebih 100 buah premis perniagaan.

Laporan Kwong Wah Daily menyebut, pencuri berkenaan tidak mencuri makanan tetapi barangan berharga seperti komputer, dril dan periuk elektrik.

Laporan itu memetik kenyataan seorang kakitangan Super Cowboy Supermarket di Temerloh yang berkata, kes kecurian itu turut berlaku di kedai tayar, pemborong buah-buahan, kedai kopi, restoran makanan segera dan kedai runcit.

Dalam satu kejadian, sekumpulan 30 lelaki bersenjatakan pisau memaksa lapan orang pengawal keselamatan Super Cowboy membuka pintu premis berkenaan, lapor Kwong Wah Daily .

"Kami tidak pasti sekiranya pemilik premis tersebut membuat laporan polis, jadi kami buat laporan polis di Temerloh pada 2 Januari,” kata individu yang dipetik dalam laporan tersebut.

Menurut sumber tersebut, pasaraya berkenaan turut membeli dua bot keselamatan dan mengupah tiga orang pegawai keselamatan dan tiga orang kakitangan untuk meronda di sekitar premis tersebut semasa banjir.

Langkah itu bagaimanapun tidak menghalang suspek daripada merompak tiga orang kakitangan dan melarikan barangan daripada pasaraya tersebut dengan menggunakan bos keselamatan.

[Baca berita penuh]