Pengarah Eksekutif Bruno Mansur Fund Lukas Straumann berkata, tindakan bekas ketua menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud yang berdiam diri ke atas tuduhan yang dimuatkan dalam bukunya berhubung pembalakan di Sarawak membuktikan kandungannya adalah sahih.

Straumann sebelum ini dituduh memfitnah Taib melalui bukunya bertajuk Money Logging: On the Trail of the Asian Timber Mafia.

Dalam suratnya kepada Mischon de Reya Solicitors, yang mewakili Taib di United Kingdom, Strauman menjelaskan bahawa Taib gagal mengemukakan tindakan undang-undang terhadapnya.

"Disebabkan kegagalan anak guam anda untuk mengemukakan tindakan undang-undang ke atas saya atau buku saya, boleh disimpulkan bahawa anak guam anda gagal membuktikan bahawa buku saya bersifat memfitnah dan dengan itu, beliau mengakui bahawa keseluruhan buku saya berasaskan fakta dan benar," tulis Straumann.

Straumann turut menjemput Taib untuk menjelaskan kepada umum sewaktu pelancaran bukunya, pada 16 Januari di London, mengenai usaha yang dilakukan bekas ketua menteri itu sehingga memperolehi banyak kekayaan.

“Sekiranya anak guam anda gagal hadir, kami akan menyimpulkan bahawa beliau secara senyap-senyap menerima tuduhan dalam buku saya,” katanya.

Staumann turut membangkitkan bahawa Mischon de Reya Solicitors berulang kali menyebut dalam surat kepada pelbagai media di UK dan Kanada bahawa kekayaan Taib diraih secara “independen”.

“Namun anda gagal menjelaskan bagaimana anak guam anda mendapatkan kekayaan mengikut undang-undang,” kata Straumann.

[Baca berita penuh]