Peguam dakwa Jakim promosi ekstremisme akan ditahan reman
Peguam yang dilaporkan membuat dakwaan kononnya Jakim mempromosi fahaman ekstremis akan ditahan reman dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung dakwaannya itu.
Menyatakan demikian, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan.
Kes dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, katanya dalam satu sidang media di Petaling Jaya hari ini.
"Polis telah menjalankan penggeledahan di pejabatnya dan merampas telefon bimbit serta komputer di pejabatnya... suspek telah ditangkap kira-kira jam 9 malam tadi di kawasan parking awam di Brickfields," kata Mohmad.
Individu terbabit membuat dakwaan itu menerusi catatan di laman Twitternya Jumaat lepas.
Catatan itu bagaimanapun telah dipadam setelah mendapat kritikan daripada pelbagai pihak.
- Bernama

