Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Selepas hampir dua minggu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid membuka mulut mengenai suratnya kepada Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI).

Selain mempertahankan tindakannnya, beliau turut menyelar pihak digelar “portal berita propembangkang” yang didakwa “memutarbelit” isu tersebut.

Zahid menegaskan bahawa surat tersebut tidak bertujuan untuk mempertahankan warga Malaysia yang didakwa raja judi haram, Paul Phua yang kini menghadapi perbicaraan di AS.

Katanya, surat kontroversi bertarikh 18 Disember 2014 itu hanya untuk menjelaskan status Phua dan juga mengenai dakwaan kewujudan kongsi gelap 14K di Malaysia.

"Maka dengan menggunakan budi bicara, saya mengeluarkan surat penjelasan status Paul Phua kepada pihak FBI.

"(Ia) bukanlah surat sokongan untuk tidak mendakwa Paul Phua seperti yang dilaporkan oleh portal berita pro-pembangkang,” katanya dalam kenyataan.

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen
ADS