Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi semalam menyerang portal berita dengan contoh “posmen gigit anjing” untuk memperkecilkan media yang melaporkan kaitannya dengan 'raja judi' Paul Phua.

Tetapi peringatan untuk Zahid: Bukan posmen yang kami mahu, tetapi surat yang dihantarnya.

Tidak kisahlah sama ada posmen itu menggigit anjing atau tidak, media tidak berminat. Dan kami sekarang ada suratnya dan kami mahu tahu kenapa ia ditulis dan dihantar.

Surat 'penjelasan' membersihkan nama Phua yang ditahan oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) dan berdepan pendakwaan perjudian di negara itu, dipulangkan kembali kepada penghantar kerana lewat.

Kerajaan AS, menurut peguam daerah, membantah kemasukan surat itu kerana tarikh akhir serahan baru telah tamat.

Kemudian posmen pula menghantarnya kepada alamat yang 'salah' dan FBI kemudian mengubah statusnya dan orang ramai pun mengetahuinya.

Persoalannya sekarang, kenapa penghantarnya, yang Zahid akhirnya mengaku, mengutus surat itu.

Apa sebenarnya urusan beliau dengan lelaki yang diketahui umum dengan tabiat perjudian haramnya itu?

Daripada maklumat terkumpul, Phua bukan seorang pemain pakau yang biasa.

Dia bahkan seorang penjudi besar yang diiktiraf di Caesars Palace, yang kemudiannya disyaki menjalankan permainannya sendiri di Vegas.

Cuba tonton perlawanan disertai di YouTube, termasuk ketika dia mewakili Malaysia, siapakah yang tidak terpukau dengan kemahirannya bermain berjudi.

[Baca ulasan penuh]