Bot tunda karam, warga kita hilang
Diterbitkan: Jan 17, 2015 4:00 PM | Dikemas kini: Jan 17, 2015 4:12 PM
Kementerian Luar hari ini mengesahkan seorang warganegara Malaysia dilaporkan hilang dalam kejadian bot tunda karam di Terusan Fubei, Sungai Yangtze berhampiran Bandar Jiangjiang, Wilayah Jiangsu, China.
Menurut satu kenyataan, dalam kejadian pada tengah hari Khamis lepas (15 Januari), beberapa orang pekerja di dalam bot tersebut dilaporkan hilang apabila bot tersebut karam semasa ujian pelayaran.
Pihak berkuasa China sedang mempergiat usaha mencari dan menyelamat mangsa-mangsa kejadian.
Kementerian Luar melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Shanghai sedang mendapatkan maklumat lanjut dari pihak berkuasa China tentang kejadian ini.
- Bernama

