Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
Lagi berita dari pengarang

Pemaju projek Datum Jelatek, DatumCorp International menafikan pihaknya mengupah orang untuk mencetuskan provokasi semasa demonstrasi di tapak projek itu, 25 Januari lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif DatumCorp International, Shytul Shahryn Mohammad Shaari berkata dakwaan yang dibuat seorang peserta himpunan di tapak projek itu dalam laporan polis pagi ini adalah tidak benar sama sekali.

"Itu (dakwaan mereka) saya tak tahu. Kita tak pernah upah siapa-siapa pun," katanya kepada Malaysiakini .

Beliau turut menafikan dakwaan bahawa projek itu mensasarkan warga China dari Hong Kong, Taiwan, dan Singapura sebagai pembeli.

Tegasnya lagi, pihaknya menerima lebih 2,000 permohonan namun sehingga kini pihaknya belum menjual satu pun kerana ia hanya akan dilancarkan pada bulan Jun.

"Kita belum jual satu unit pun dan perkara ini boleh disemak dengan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan," katanya lagi.

Menurutnya lagi, sebagai pemaju yang bertanggungjawab, pihaknya telah mengadakan tiga siri pertemuan bersama penduduk sekitar Taman Keramat.

Pertemuan itu bagi menjelaskan pembinaan projek itu dan ia berlangsung pada 7, 14 dan 21 Januari 2015, katanya.

Pagi ini, seorang peserta himpunan di tapak projek Datum Jelatek membuat laporan polis mendakwa mereka dipengaruhi pihak yang diupah pemaju untuk melakukan provokasi pada 25 Januari lalu.

Lihat Komen