Kesilapan Eusoff Chin?
Ketua Hakim Negara, Tun Eusoff Chin, diberitakan akan disambung perkhidmatan walaupun tamat tempoh pada usia 65 tahun Isnin depan. Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata khidmatnya dilanjutkan untuk "memastikan segala-galanya dalam keadaan bersedia" sebelum pertukaran.
Bagaimanapun, setakat tulisan ini, Eusoff tidak memberikan sebarang ulasan.
Sementara rombakan kabinet dibuat tidak lama bagi membolehkan penubuhan Kementerian Undang-undang. Pada waktu yang sama, menteri berkenaan akan dilantik Peguam Negara. Perubahan itu, menurut laporan Utusan Malaysia hari ini bertujuan "menampakkan peranan sebenar institusi kehakiman."
Perkembangan terbaru ini menunjukkan kerajaan sedang melakukan sesuatu selepas institusi itu menjadi sasaran kritikan pembangkang dan persatuan perundangan antarabangsa. Rakyat sendiri, dalam perbicaraan terhadap pemimpin pembangkang dan khususnya bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, mula mempertikaikan kewibawaan sistem pentadbiran keadilan negara ini.
Keterangan peguam Manjeet S Dhillon dan afidavit Dr Munawar Anees misalnya menambahkan syak mereka terhadap sistem pentadbiran keadilan, mulai proses siasatan lagi (polis) apatah lagi pendakwaan (bahagian Peguam Negara) dan mahkamah (Ketua Hakim Negara) - ya-lah, itu tanggapan masyarakat, entah betul, entah salah.

Tiba-tiba dalam keadaan itu Eusoff menjelaskan beliau "kebetulan terserempak" dengan seorang peguam terkenal, V. K. Lingam di New Zealand kira-kira enam tahun lalu. Lingam sering mewakili beberapa pihak, antaranya ahli perniagaan terkenal Vincent Tan, dalam tindakan saman.
Beliau sepatutnya berdiam diri dan menamatkan perkhidmatannya senyap-senyap - tanpa perlu mempertahankan diri daripada spekulasi tentang lawatan itu yang sudah bergerak beberapa tahun kebelakangan, khususnya selepas foto lawatan itu tersebar dalam internet pada 1998.
Beliau mungkin sepatutnya tidak berasa perlu menjawab sindiran - 'cuitan' kata sebuah akhbar Melayu - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Rais Yatim.
Rais berkata perlakuan Eusoff dan Lingam di negara asing itu "tidak wajar." Dalam satu wawancara, Rais juga mendakwa pihak kerajaan (ingat, kerajaan, bukan dirinya sendiri) sudah menyampaikan rasa tidak senang terhadap sikap Ketua Hakim itu.
Wawancara dengan sebuah stesen radio di Australia itu berlangsung pada 25 Mei dan kemudiannya disiarkan pada 29 Mei. Keesokannya, tidak ada akhbar di negara ini - apatah lagi TV - yang memberitakan kenyataan Rais itu di sini kecuali akhbar web malaysiakini dan agensi berita Bernama .
Bagaimanapun, entah mengapa Eusoff mempertahankan dirinya - menayangkan segala eksibit macam membela diri di mahkamah - dengan mengatakan segala bayaran dibuat oleh dirinya sendiri dengan akaun darinya. Dia beriya-iya menegaskan, dan sanggup menyaman sesiapa berkata sebaliknya, bahawa wang itu datangnya daripada poketnya sendiri.
Lalu berita itu menjadi meluas pada 7 Jun lalu. Hari berikutnya, Rais menjawab bahawa Eusoff memberikan "reaksi yang berlebihan." Hanya ada sebuah akhbar, The Sun , yang menyiarkan dengan paling jelas mood dan patah-patah perkataan 'peperangan' antara ketua hakim dengan menteri undang-undang itu.
Kemudian pandangan Rais itu disokong Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, dan juga Pergerakan Pemuda Umno. Isu itu perlahan seketika, tetapi Majlis Peguam mula menggerakkan ahli-ahlinya untuk mengadakan sidang tergempar pada 23 Jun. Tetapi seorang anggotanya teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah jika badan peguam itu meneruskan langkahnya Jumaat depan.
Sementara itu Rabu lepas, [#1] malaysiakini[/#]
dengan dokumen yang diperolehi mendedahkan pemergian Eusoff-Lingam dan keluarga masing-masing bersama-sama dari Singapura ke New Zealand ketika cuti Krismas 1994 itu dan ia menimbulkan lebih banyak persoalan baru.Kini Dr Mahathir pula berhasrat menyambung khidmat seorang ketua hakim yang sedang diproses untuk di-tribunal-kan. Alasan Perdana Menter itu agak menarik, "untuk memastikan segala-galanya dalam keadaan bersedia."
Apakah selama ini Ketua Hakim itu belum bersedia? "Persediaan" apakah yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri?
Jika Eusoff menerima tawaran ini, sudah dua kali khidmat tokoh hakim ini dilanjutkan. Rupa-rupanya begitu penting peranan yang dimainkan olehnya dalam sistem kehakiman kita yang sedang dipertikaikan itu.
Atau, Dr Mahathir tidak mempunyai calon lain yang lebih layak untuk menambahkan kewibawaan sistem kehakiman ini?
Dengan sokongan Daim dan Hishamuddin Tun Hussein di belakang Rais, nampaknya Dr Mahathir mengambil keputusannya sendiri.
Tetapi paling jelas di sini, siri kesilapan Eusoff mungkin makin bertambah. Kesilapan terbesarnya ialah membuat kenyataan akhbar baru-baru ini.
Isu yang berdesas-desus dua tahun lalu kini semakin terbongkar.
Laporan lengkap di bawah:

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.