Pada umumnya, Tahun Baru Cina merupakan masa untuk meraikannya bersama keluarga dan mengimbau masa lalu. Namun, bagi Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, ia juga merupakan masa untuk menyakat BN berhubung beberapa isu nasional yang berlaku pada tahun lepas.

 

Untuk tahun kedua berturut-turut, Kok telah menghasilkan mesej video

Tahun Baru Cina di YouTube yang menyakat parti pemerintah, yang sebelum ini telah mengheretnya ke mahkamah atas tuduhan menghasut.

 

Tetapi untuk edisi tahun ini, Kok telah menampilkan personaliti utama Pakatan Rakyat personaliti seperti Nurul Izzah Anwar dari PKR (kiri) dan Khalid Samad dari PAS, bersama-sama dengan aktivis Datuk A Samad Said, Cynthia Gabriel dan Hew Kuan Yew.

 

Klip video selama lima minit itu yang bertajuk '1 Goat Year, 1 Great Family', menyakat pelbagai inisiatif Putrajaya yang menggabungkan "1" dalam nama-namanya, bersama-sama dengan isu-isu semasa seperti hutang IMDB dan bantuan bencana alam baru-baru ini.

Dalam zodiak Cina, Kambing melambangkan kebaikan, keamanan dan keharmonian

Mesej klip video itu adalah untuk menyeru rakyat berbilang kaum dan kepercayaan supaya menjadi satu keluarga besar rakyat Malaysia yang menghargai kebaikan, keamanan dan keharmonian, kata pembantu Kok, Alice Lan dalam satu kenyataan media.

 

Kok juga akan menganjurkan satu acara makan malam pada 12 Februari yang akan dihadiri mereka yang dibariskan dalam video tersebut.

Ia terbuka kepada orang ramai dan mereka boleh mendaftar di laman Facebook '1 Goat Year 1 Great Family'. Tarikh tutup adalah esok.

 

Tahun lepas, Kok telah menghasilkan satu klip lelucon bertajuk 'Onederful Malaysia', yang menampilkan panel pakar Feng Shui yang membuat ramalan lucu tentang tahun baru.

 

Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak berkongsi jenakanya itu dan sebaliknya mendakwanya di bawah Seksyen 4 (1) (C) kerana didakwa membuat kenyataan menghasut. Jika didapati bersalah, beliau berdepan dengan hukuman denda sehingga RM3,000, dipenjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya.

[Baca berita penuh/asal]