IGP: Tak perlu bangkitkan lagi isu Altantuya
Diterbitkan: Feb 2, 2015 9:36 PM | Dikemas kini: Feb 2, 2015 9:40 PM
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak membangkitkan berhubung isu motif pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
"Mahkamah tertinggi telah buat keputusan, jadi tiada apa lagi yang nak dikatakan.
"Dan saya ingin memberi amaran kepada mereka yang ingin mengulas lanjut kerana ia mungkin menghina (mahkamah)," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan pasukan peguam Koperal Sirul Azhar apabila Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati tanpa melihat motifnya.
Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari lalu menjatuhkan hukuman mati kepada Sirul dan seorang lagi anggota Unit Tindakan Khas Cif Insp Azilah Hadri.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.