Saravanan tunggu restu tuhan cabar presiden
Naib Presiden MIC Datuk M Saravanan kini menunggu restu Tuhan sempena hari Thaipusam sama ada untuk bertanding jawatan presiden parti pada pemilihan baru.
"Saya belum fikirkan lagi (sama ada nak bertanding jawatan presiden atau tidak.
“Mungkin saya dapat restu dari Tuhan hari ini dan Tuhan kata teruskan (bertanding)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Hari Thaipusam di Batu Caves hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau akan bertanding jawatan presiden pada pemilihan MIC yang baru akan datang jika menjadi kenyataan.
MIC semalam dilapor berhasrat mengadakan pemilihan baru bagi semua jawatan daripada pelbagai peringkat dalam usaha menyelesaikan kemelut yang melanda parti itu, kata Presidennya Datuk Seri G Palanivel.

