'Paling baik parlimen selesaikan kes Allah'
Kes melibatkan perkara dasar yang sensitif paling baik diserahkan kepada ahli politik untuk diselesaikan dan tidak melalui mahkamah, kata bekas hakim Mahkamah Rayuan hari ini.
Datuk Mohamad Ariff Md Yusoff, yang bersara pada 21 Januari, mengulas mengenai kes mingguan The Herald untuk menggunakan kalimah Allah.
Ditanya sama ada semua kes rayuan itu sepatutnya didengar Mahkamah Persekutuan, apabila ia enggan memberi kebenaran kepada kes sentitif itu, beliau mengakui sukar menjawabnya.
Diwawancara Malaysiakini hari ini, Ariff mengakui bahawa beliau mempunyai pandangan peribadi berhubung perkara itu tetapi enggan mengulas lanjut.
"Selaku bekas hakim, kamu harus beringat bahawa, kamu berkhidmat dalam sistem kehakiman dan kemudian kamu tidak boleh melakukan sesuatu perkara yang merosakkan integriti sistem kehakiman.
“Jika seseorang itu sudah memutuskan sesuatu perkara itu benar atau salah, saya tidak rasa sesuai untuk seorang bekas hakim menghentamnya.
"Secara umumnya, terdapat perkara tertentu atau sudut kehidupan yang tidak boleh memuaskan hati untuk diputuskan melalui tindakan undang-undang, di mana elemen dasar cukup tinggi. Tiada hakim yang boleh capai tahap 100 peratus betul (dalam kes seperti itu) kerana kamu tidak boleh memuaskan hati setiap orang," katanya.
Ariff - yang dilantik menjadi hakim Mahkamah Tinggi pada September 2008 dan menyambut hari jadinya ke-66 pada 22 Januari lalu - menambah bahawa terdapat perbincangan atau debat yang berterusan berhubung kes seperti itu.
Justeru itu, beliau memfokuskan bahawa hakim perlu berhati-hati bagaimanapun untuk menghakimi kes-kes seperti itu untuk memastikan mereka tidak menyimpang daripada kes atau undang-undang.

