Iklan M'sia didakwa hina amah Indonesia
Kedutaan Indonesia hari ini mendakwa sebuah iklan di Malaysia menggunakan perkataan "fire your Indonesian maid" menghina pembantu rumah negara itu.
Duta besarnya di Kuala Lumpur, Herman Prayitno, berkata pihaknya membuat laporan polis terhadap syarikat Malaysia itu semalam.
"Indonesia memprotes cara beriklan perusahaan robot pembersih Robovac yang sangat tidak sensitif dengan melecehkan rakyat Indonesia," kata Herman seperti dilaporkan portal Tempo .
Terdapat desakan di Indonesia supaya presiden republik itu menyatakan bantahannya langsung kepada Perdana Menteri Njib Abdul Razak.
Joko Widodo, atau lebih popular dikenali Jokowi, dijadual melawat Malaysia esok.
Kedutaan republik itu juga sudah menghantar kakitangan untuk memeriksa syarikat pembuat iklan tersebut, lapor portal itu lagi.
Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi daripada syarikat itu.

