Malaysiakini BERITA

Peniaga: Kami pilih hudud berbanding Ismail

Adrian Wong  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Seminggu selepas kenyataan “boikot peniaga Cina” oleh Datuk Seri Ismail Sabri, kemarahan masih membekas dalam dada kumpulan itu.

Ketika ditanya, ada antara mereka lebih sanggup menerima hudud yang ingin dibawa PAS berbanding berdepan dengan pihak seperti menteri Umno itu.

Ketika diwawancara Malaysiakini , beberapa peniaga turut menggelar Ismail “tiada otak” kerana menulis kenyataan kontroversi itu di Facebook.

Presiden Persatuan Pemborong Barangan Logam Malaysia Low Cheng Ho berkata mereka kecewa dan sedih dengan kejadian itu.

Jika tiada perubahan dalam kerajaan, tambahnya, kenyataan sama akan terus muncul dari masa ke semasa.

“Jika tidak, saya dan kamu akan terus berbual perkara ini sampai 30 tahun lagi,” katanya.

Jika pilihan raya umum berlangsung sekarang, Low percaya, “10 daripada 10 orang melawan” kerajaan yang memerintah.

Beliau juga berkata berurusan dengan menteri Umno lebih teruk berbanding hudud.

“Saya lebih sanggup ada hudud daripada Ismail Sabri,” kata Low.

"Selain hudud, yang sebenarnya tidak bagus, (dasar PAS) yang lain adil kepada orang Cina,” kata Low.

[Baca berita asal]