Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MCA: Ismail Sabri, tolong sedar diri sedikit
Diterbitkan:  Feb 9, 2015 5:24 PM
Dikemaskini: 10:09 AM

Ketua Pemuda MCA, Senator Chong Sin Woon menggesa Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani agar berhenti menjadi menteri dan mula "menternak lembu dan menanam kentang".

Pemimpin muda MCA itu membuat gesaan sinis itu sebagai maklum balas kepada jawapan Datuk Seri Ismail Sabri berkenaan dakwaan rasuah dalam pengagihan beras bersubsidi 15 peratus oleh kementeriannya.

Ismail dakwa Chong, mengelak dari menjawab isu tersebut dan mengalihkan bebanan jawapan kepada ketua setiausaha kementerian.

"Ismail sepatutnya letak jawatan, ternak lembu dan tanam kentang," Chong dilaporkan berkata oleh Sin Chew Daily.

Sementara itu, dalam satu kenyataan petang ini, Chong sekali lagi membidas Ismail yang mahu MCA berterima kasih kepadanya.

"Beliau masih mahu MCA berterima kasih padanya? Beliau fikir kenyataan Facebook beliau sebelumini mewajarkan kami menghormatinya?

"Sedar dirilah sikit," kata Chong dalam kenyataannya.

Ismail sebelum ini dilapor menggesa MCA agar berterima kasih kepadanya kerana beliau turut mempertahankan pengguna Cina melalui gesaan memboikot peniaga Cina.

Lihat Komen
ADS