LRT aliran KJ kembali pulih
Diterbitkan: Feb 10, 2015 10:35 PM | Dikemas kini: Feb 10, 2015 10:38 PM
Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) bagi Aliran Kelana Jaya yang mengalami masalah teknikal di Stesen Pasar Seni lewat petang tadi, telah pulih dan menyambung semula operasinya malam ini.
Perkhidmatan itu pulih pada 8.50 malam ini, kata Pengurus Media Prasarana Azhar Ghazali menerusi sistem pesanan ringkas kepada Bernama.
Masalah teknikal itu menyebabkan perkhidmatan LRT di kedua-dua arah Bangsar-KL Sentral dan KL Sentral-Bangsar tergendala pada 6.20 petang tadi.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.