Lelaki, yang pernah menulis mesej antiagama dalam Facebooknya dan berkelahi dengan jiran, diheret ke mahkamah pada Rabu kerana dituduh membunuh tiga pelajar muslim di North Carolina, Amerika Syarikat.

Craig Stephen Hicks, 46, dituduh membunuh pasangan yang baru berkahwin Deah Shaddy Barakat, 23, mahasiswa pergigian Universiti North Carolina dan isterinya Yusor Mohammad, 21, lapor agensi berita Reuters pada Rabu.

Laporan itu juga menyebut, mangsa ketiganya adik perempuan Yusor, Razan Mohammad Abu-Salha, 19.

Ketiga-tiganya terlibat dengan program misi bantuan kemanusiaan.

Agensi berita itu melaporkan, Craig dituduh menembak ketiga-tiga remaja itu sekitar jam 5 petang, tiga kilometer dari institut pengajian tinggi itu.

Craig bertugas sebagai pelajar bidang guaman pelajar dari Chapel Hill.

Pelajar-pelajar kampus tempat Yusor belajar menyertai satu perhimpunan memperingati insiden tersebut Rabu.

Polis berkata siasatan awal mendapati motif pembunuhan berkaitan tempat letak kereta dan juga mungkin berkaitan jenayah kebencian.

Hicks juga dikatakan tidak mempunyai rekod jenayah di Chapel Hill, dan menyerah diri serta memberi kerjasama, lapor Reuters lagi.