Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas ADUN Sg Manik, Mohamed Nazri meninggal
Diterbitkan:  Feb 18, 2015 6:59 PM
Dikemaskini: 12:04 PM

Bekas AUN Sungai Manik, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Rahim meninggal dunia akibat komplikasi hati di kediamannya di Persiaran Wira Jaya Barat 60, Rapat Setia Baru, di Ipoh tengah hari ini.

Allahyarham Mohamed Nazri, 73, menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 1.05 tengah hari.

Anak beliau, Suhaila, 42, berkata bapanya menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi KPJ Ipoh sejak 2 Februari lepas kerana penyakitnya yang semakin teruk.

"Ayah dibenarkan keluar dari KPJ kira-kira pukul 10.30 pagi tadi. Ayah tidak sempat berkata apa-apa kerana berada dalam keadaan tidak sedar.

"Arwah ayah juga menghidap penyakit Hepatitis B sejak tahun 1999," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mohamed Nazri yang juga anggota Exco kerajaan negeri (1986-1995) dilantik Speaker DUN Perak dari 1995 hingga 1999 dan Anggota DUN Sungai Manik dari 1986 hingga 2003.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gua Kek Lok Tong, Rapat Setia, di Ipoh selepas solat Asar.

Allahyarham Nazri meninggalkan isteri, Datin Seri Puteri Nor Hasiah Megat Hussain, 73, tiga anak dan empat cucu.

- Bernama

Lihat Komen
ADS