Serangan 'gila' dan 'syaitan' pada PasMa
Multaqa Ulama PAS semalam menjadi medan menghentam Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang dikaitkan dengan usaha mahu menjatuhkan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Ia dibangkitkan sama ada secara langsung atau tidak langsung, dengan gelaran-gelaran seperti “pengkhianat” dan “perosak” parti.
Mingguan Malaysia hari ini melaporkan Timbalan Menteri Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ( kiri ) sebagai menyifatkan pihak mempertahankan PasMa sebagai “gila”.
"PasMa ini boleh diibaratkan seperti beras hampa, barang rosak ini kalau di Kelantan, kita jual di pasar malam pun tiada siapa yang nak beli.
"Kita mengetahui latar belakang orang PasMa, mereka ini bermasalah, jadi tidak betul jika ahli melayan pertubuhan ini hingga mengetepikan nasihat Majlis Syura dan Dewan Ulama," beliau dilapor sebagai berkata.
Sementara Sinar Harian pula melaporkan perwakilan Dewan Ulama PAS Kedah Mohamad Fauzi Hussin menggesa kepimpinan PAS segera membersihkan parti daripada pengkhianatan yang “syaitan dalam jemaah”.
"Dalam konteks kita berjemaah, jika dalam masjid ada syaitan, maka dalam jemaah ini (PAS) berapa banyak syaitan yang wujud.
"Tak sempurna Islam kalau kita tidak berada dalam jemaah, melainkan kita dalam jemaah, tidak ada jemaah jika tiada kepimpinan.
"Sebab itu walak kepatuhan ketaatan dalam jemaah merupakan persoalan pokok," katanya.
'Islam Liberal serapi PAS'
Sementara itu, acara Dewan Ulama PAS bertemakan “Terus Istiqamah Bersama Kepimpinan Ulama” semalam turut meluluskan beberapa resolusi, termasuk:
- Menyokong usaha Kelantan mengemukakan rang undang-undang persendirian ke Parlimen untuk melaksanakan hudud walaupun mendapat bantahan DAP dan PKR.
Timbalan pengerusi II PasMa pulau pinang Zainulfaqar Yaacob berkata mereka hanya mahu mengukuhkan sokongan lima juta pengundi kepada kerjasama PAS, DAP dan PKR sehingga pilihan raya umum akan datang.

