Jude Pereira: Biar rakyat hakimi
Diterbitkan: Feb 22, 2015 2:56 PM | Dikemas kini: Feb 22, 2015 2:58 PM
Pegawai penyiasat kes Liwat II Jude Pereira enggan mengulas berhubung dakwaan terdapat cubaan untuk mempengaruhi kes itu oleh pengerusi NGO MyWatch R Sri Sanjeevan.
Jude memberitahu Malaysiakini bahawa beliau tidak akan mengulas perkara itu, termasuk berhubung penafian Sanjeevan ( kanan ).
Beliau juga enggan menjawab soalan sama ada membuat laporan polis dalam isu itu.
“Maaf, saya tidak dapat buat sebarang komen.
“Biarlah rakyat menghakiminya,” kata Pereira.
Baru-baru ini, satu laporan telah muncul yang mendakwa bagaimana Pereira diminta membuat kenyataan umum mendakwa ada konspirasi terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.