Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
18 Mac tarikh PAS terkeluar dari Pakatan?
Diterbitkan:  Feb 22, 2015 3:00 PM
Dikemaskini: 8:35 AM

PAS dilihat bukan lagi sebahagian daripada gabungan Pakatan Rakyat jika terus membentangkan rang undang-undang pindaan hudud pada 18 Mac depan, kata anggota parlimen DAP.

Gobind Singh berkata, ini kerana, ia bukan sebahagian daripada dasar bersama gabungan tiga parti pembangkang itu.

“PAS tidak patut memberi amaran kepada DAP untuk tidak mencampuri urusan Kelantan,” kata Gobind yang juga pemimpin DAP Selangor.

“PAS harus ingat bahawa selagi ia memilih kekal dalam Pakatan, DAP bukan sahaja mempunyai hak tetapi terikat dengan tanggungjawab untuk memastikan PAS tidak bertindak menjejaskan kerangka dasar bersama Pakatan.”

Dalam kenyataannya hari ini, Gobind berkata PAS harus menghormati keputusan yang dibuat oleh mesyuarat kepimpinan tertinggi sebelum ini.

Jika pindaan itu diteruskan, katanya, pemimpin PAS harus berani mengakui bahawa mereka memaksa parti itu menjauhi Pakatan, sekali gus menyebabkan kewibawaannya memperkukuh Pakatan dipersoal.

Lihat Komen
ADS