Gambar mirip ADUN berjudi tersebar
Diterbitkan: Feb 22, 2015 7:49 PM | Dikemas kini: Feb 22, 2015 10:05 PM
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Balakong Eddie Ng ditimpa malang apabila gambar miripnya yang sedang bermain pakau beredar di Internet.
DAP melarang semua anggota parti itu terlibat menggunakan premis untuk kegiatan perjudian.
Pengerusi jawatankuasa disiplin DAP Tan Kok Wai memberitahu bahawa larangan itu terpakai walaupun ia tidak melibatkan wang.
Tan berkata beliau sudah menghubungi Ng dan mahukan penjelasan bertulis tentang perkara itu.
Ng dilapor enggan mengulas ketika dihubungi.
Post
by
Chee Chong Tan
.

