Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gajah serang wanita di Telupid ditangkap
Diterbitkan:  Feb 23, 2015 2:55 PM
Dikemaskini: 9:03 AM

Pasukan Perhilitan berjaya menangkap seekor gajah yang mencederakan seorang wanita di satu kawasan ladang sawit dekat Telupid, Sabah.

Laporan agensi DPA memetik kenyataan pengarah Perhilitan negeri, William Baya yang berkata, gajah tersebut ditahan semalam, empat hari selepas serangan.

Gajah berusia 20 tahun dengan ketinggian 2.3 meter itu akan ditempatkan bawah pengawasan sebelum tindakan lanjut, menurut laporan itu.

Dalam kejadian pada hari Rabu lalu, gajah berkenaan meluru ke arah mangsa dan suaminya di satu kawasan tepi jalan di kampung berkenaan.

Gajah berkenaan seterusnya melanggarnya dan menghentak beliau dengan belalainya.

Haiwan berkenaan berhenti menyerang selepas suami wanita tersebut menjerit.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS