Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anwar masih MP selepas mohon ampun
Diterbitkan:  Feb 24, 2015 11:30 AM
Dikemaskini: 11:03 AM

Datuk Seri Anwar Ibrahim masih kekal sebagai ahli parlimen Permatang Pauh selepas keluarga beliau memohon petisyen pengampunan diraja lewat petang ini.

Naib presiden PKR Tian Chua berkata petisyen itu diserahkan ke Istana Negara pada kira-kira pukul 3.30 petang ini, lapor agensi berita Bernama .

Petisyen itu dikemukakan bawah peraturan 113, Peraturan Penjara 2000.

Mengikut peraturan itu banduan jika hendak, boleh membuat petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong, sultan atau raja atau yang dipertua negeri seberapa segera selepas sabitan.

Kemudiannya selepas tiga tahun dari tarikh sabitan dan selepas itu, lat dua tahun, lapor agensi berita itu lagi.

Istana Negara dilaporkan mengesahkan telah menerima petisyen itu petang ini.

Pagi ini, PKR tidak merancang memohon pengampunan itu, yang boleh mengakibatkan kekosongan kerusi parlimen tersebut.

Setiausaha agung PKR Rafizi Ramli semalam berkata Anwar tidak mengeluarkan arahan kepada peguamnya untuk memohon pengampunan diraja kerana tetap dengan pendirian “tidak bersalah”.

Perkara itu turut disahkan oleh seorang peguam Anwar, Latheefa Koya, yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun Anwar masih boleh memohon semakan keputusan bersalah. Beliau dihukum penjara selama lima tahun.

Mahkamah mensabitkan beliau bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.

Antara ahli politik yang pernah mendapatkan pengampunan diraja sebelum ini ialah bekas menteri besar Selangor, Datuk Harun Idris, yang berdepan tuduhan rasuah.

Lihat Komen
ADS