Muhyiddin: Anwar ditawar TPM? Saya tak tahu
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau tidak tahu menahu tentang dakwaan tawaran jawatannya yang didakwa dibuat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya tak tahu tentang perkara ini, saya cuma baca tentangnya dalam akhbar.
"Namun, kita ada lebih banyak isu lebih penting untuk diberi perhatian," katanya kepada wartawan pagi ini.
Beliau berkata demikian sewaktu diminta mengulas dakwaan itu yang dibuat Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli.
Kedua-dua mereka mendakwa Datuk Seri Najib Razak menawarkan jawatan timbalan perdana menteri kepada Anwar selepas pilihan raya umum lalu.
Muhyidin yang juga merupakan MP Pagoh menggesa orang ramai agar tidak 'terperangkap' dengan dakwaan itu.
Lapor komen ini


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.