Pakatan dakwa Putrajaya cabul perjanjian air
Diterbitkan: Feb 24, 2015 2:15 PM | Dikemas kini: Feb 24, 2015 2:28 PM
Jawatankuasa Air Selangor Pakatan Rakyat mendakwa perjanjian penstrukturan air di Selangor bakal terjejas apabila Putrajaya didakwa mengingkari perjanjian sebelum ini.
Jawatankuasa itu berkata perjanjian yang dibuat secara janji mulut itu dicabuli apabila Putrajaya mendakwa kemudahan seperti paip air di Selangor milik mereka.
"Perbalahan mula tercetus apabila tiba-tiba Kerajaan Persekutuan mendakwa empangan Semenyih dan Bukit Nanas beserta ribuan kilometer paip air di negeri Selangor adalah di bawah pentadbiran dan milik Putrajaya.
"Sementara kerajaan Pakatan Rakyat sebaliknya menuntut bahawa kesemua itu adalah hak kerajaan Selangor," kata jawatankuasa itu dalam kenyataan.
[Berita penuh menyusul]
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.