Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Balak haram RM47 juta dirampas tapi dalangnya?'
Diterbitkan:  Feb 25, 2015 3:00 PM
Dikemaskini: 7:34 AM

Balak bernilai lebih RM47 juta tahun lalu dan awal tahun ini berjaya dirampas tetapi di mana dalang yang menebang secara haram di Sarawak?

Perkara itu ditimbulkan oleh Naib Ketua Wanita PKR Voon Siak Ni dalam sidang media hari ini yang mahukan penjelasan daripada jabatan perhutanan dan syarikat pengurusan hutan Sarawak Forestry Corporation (SFC).

"Kempen itu mungkin berjaya jika dilihat daripada aspek rampasan balak tetapi di mana pembalak haram yang bersalah dan pengendali kilang papan?" soalnya.

Beliau juga membangkitkan kenapa balak haram dapat dijejak tetapi tidak mengesan "dalangnya".

Voon mengingatkan bahawa pembasmian pembalakan haram tidak boleh dilihat berjaya tanpa ketelusan dan tanggungjawab penuh.

Pengarah Jabatan Perhutanan Sarawak, Sapuan Ahmad, dilaporkan sebagai berkata usaha membanteras pembalakan haram berjaya dibuat susulan kerjasama rapat badan kerajaan berkaitan.

Tahun ini sahaja balak bernilai RM6 juta berjaya dirampas, tambahnya.

Beliau mendedahkan bahawa jabatan itu merampas 4,552 batang balak pada serbuan pada 27 Januari; 1,050 batang dari kilang papan (2 Februari); 28,713 batang (17 Februari); 220 batang di Kapit (menjelang Tahun Baru Cina) dan rampasan bernilai RM446,000 dalam dua serbuan di Sarikei pada 8 Februari.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS