Muhyiddin minta PAS tidak bertindak di luar batasan di Kuala Berang
Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yasin Muhyiddin menjangka PAS akan mengambil langkah agresif dalam pilihanraya kecil Kuala Berang bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut.
Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yasin Muhyiddin menjangka PAS akan mengambil langkah agresif dalam pilihanraya kecil Kuala Berang bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut.
Oleh itu, beliau berharap PAS tidak akan bertindak di luar batasan sepanjang tempoh berkempen pilihanraya kecil itu "semata-mata untuk membuktikan kepada rakyat bahawa parti itu masih bernyawa".
Menurut
Bernama
, beliau juga berharap PAS tidak melakukan perkara yang boleh menjejaskan keselamatan hanya untuk membuktikan bahawa mereka masih boleh bernafas dalam keadaan parti itu yang terdesak ketika ini.
"PAS tentu hendak ambil kesempatan ini (pilihanraya kecil) untuk tunjukkan (kepada rakyat) bahawa nyawanya masih panjang...kerana dia sudah hampir dikalahkan teruk semasa pilihanraya lepas," katanya kepada pemberita.
Sebelum ini, beliau merasmikan mesyuarat Pegawai Perkhidmatan Haiwan Daerah seluruh negara di Kuala Lumpur hari ini.
Bagaimanapun, katanya, Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak akan mengambil mudah pilihanraya kecil ini.
Mandat
"Kita akan berusaha sedaya upaya juga. Kita tak akan ambil mudah walaupun kawasan ini dikatakan kawasan penyokong BN dan Umno," katanya.
Muhyiddin berkata beliau yakin rakyat Terengganu yang baru sahaja memberi mandat kepada BN untuk memerintah Terengganu mahu lihat kawasan Kuala Berang terus kekal di tangan BN.
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah mengumumkan bahawa pilihanraya kecil DUN Kuala Berang akan diadakan pada 28 Ogos. Penamaan calon ialah pada 16 Ogos.
Pilihanraya kecil itu diadakan berikutan kematian anggota dewan undangan negeri kawasan itu Komaruddin Abdul Rahman, 46, dari BN kerana serangan jantung ketika bersarapan bersama keluarganya di Genting Highlands, Pahang, 30 Julai lepas.
Pada pilihanraya umum Mac lalu, Komaruddin menewaskan calon PAS Dr Mamad Puteh dengan majoriti 1,695 undi.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.