Azman bebas tuduhan bunuh Norjan
Bekas pelayan hotel, Azman Bakar, hari ini dibebas dan dilepaskan daripada tuduhan membunuh Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Keusahawanan Sabah, Datuk Norjan Khan Bahadar, awal tahun ini.
Bekas pelayan hotel, Azman Bakar, hari ini dibebas dan dilepaskan daripada tuduhan membunuh Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Keusahawanan Sabah, Datuk Norjan Khan Bahadar, awal tahun ini.
Menurut Bernama , mahkamah penuh sesak ketika Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ian Chin mengumumkan keputusannya berhubung perbicaraan pembunuhan Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Keusahawanan Sabah itu.
Menurut hakim, selepas menimbang semua keterangan dalam kes itu, "timbul keraguan dalam fikiran saya sama ada tertuduh inilah yang membunuh Norjan disebabkan cemburu."
"Keterangan oleh tertuduh mengenai adanya seorang lagi di bilik itu menambahkan lagi keraguan terhadap kes pendakwaan.
"Sukar bagi saya untuk tidak mempercayai beliau semata-mata kerana beliau seorang pelakon yang baik seperti yang digambarkan oleh pihak pendakwaan kerana sesetengah aspek keterangan pihak pendakwaan, telah menyokong kesnya.
Tuduhan
"Dengan ini, tertuduh dibebas dan dilepaskan," kata Chin.
Azman, 27, juga dikenali Samsuddin Mustamin, dituduh membunuh Norjan 52, di Bilik 208 di Hotel Shangri-La di Bandaran Berjaya di sini antara 4 pagi dan 6 pagi pada 11 Feb lepas.
Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Chin memerintahkan Azman membela diri pada 27 Julai lepas setelah pihak pendakwaan berjaya mengemukakan kes prima facie terhadapnya.
Azman diwakili peguambela, Alexander Siew.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.