MP Ukraine disabit salah tapi tetap ke Parlimen
Diterbitkan: Mar 5, 2015 12:25 PM | Dikemas kini: Mar 5, 2015 5:13 PM
Exco muda Pulau Pinang Dr Afif Bahardin hari ini menolak dakwaan bahawa tiada negara membenarkan banduan menghadiri sidang parlimen.
Katanya, di Ukraine perkara itu pernah berlaku terhadap ketua pembangkangnya Yulia Tymoshenko yang didapati bersalah menyalah guna jawatan semasa menjadi broker urus janji gas dengan Rusia pada 2009.
“Perkara ini adalah hak seorang tahanan politik selagi mana tidak ada undang-undang atau keputusan akhir untuk menggugurkan kelayakan beliau sebagai seorang ahli parlimen,” katanya yang juga timbalan ketua Pemuda PKR (AMK).
Justeru, kata Afif ( kiri ), kenyataan bahawa tiada negara yang pernah membenarkan tahanan menghadiri sidang Parlimen hanya menunjukkan kecetekan minda.

