Menteri tolak kebimbangan pada RUU antikeganasan
Diterbitkan: Mar 9, 2015 1:21 PM | Dikemas kini: Mar 9, 2015 1:23 PM
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi menolak kebimbangan bahawa rang undang-undang (RUU) antikeganasan yang akan diperkenal mencabul hak asasi manusia.
Beliau sebaliknya berkata kerajaan harus melakukan apa yang perlu untuk melindungi rakyat.
RUU itu, yang membenarkan tangkapan tanpa perbicaraan tanpa tempoh masa, dijangka dibentang dalam sesi Parlimen kali ini.
Ditanya berhubung kritikan kumpulan hak asasi manusia terhadap RUU itu, Zahid ( kanan ) menjawab:
“Mereka boleh kata apa yang mereka mahu.
“Kerajaan perlu lakukan apa yang perlu untuk lindungi rakyat,” katanya.

