Projek P Pinang kena GST lebih RM100,000
Diterbitkan: Mar 9, 2015 3:29 PM | Dikemas kini: Mar 9, 2015 4:36 PM
Pulau Pinang mengeluh apabila sebuah projek awamnya bakal dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sehingga lebih RM100,000.
Perkara itu dibangkitkan dalam surat Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kepada Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak pada 4 Mac lalu.
Lim membangkitkan projek untuk menghubungkan Jalan Bunga Hinai dan Jalan Bunga Kaca Piring di negeri itu yang menelan belanja RM2.33 juta.
Bagaimanapun, GST 6 peratus akan menyebabkan ia menanggung kos sebanyak RM112,680, katanya yang juga setiausaha agung DAP.
“Ia merupakan satu kerugian kepada rakyat Negeri Pulau Pinang kerana akan mengurangkan projek-projek awam atau public good sebanyak 6 peratus,” surat itu dipetik.

