Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Fail injunksi halang wang awam untuk IPO 1MDB'

PKR berikrar mendapatkan injunksi mahkamah jika kerajaan cuba mengarahkan agensi negara mengambil bahagian dalam tawaran awam permulaan (IPO) aset tenaga 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata injunksi akan dipohon bagi memberhentikan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan badan awam lain daripada mengambil bahagian dalam IPO itu.

Katanya, tindakan itu bagi mengelakkan wang pembayar cukai digunakan untuk melancarkan masalah aliran tunai 1MDB.

Rafizi berkata demikian dalam forum berkaitan syarikat pelaburan negara itu di Petaling Jaya hari ini yang dihadiri kira-kira 700 orang.

Menteri: Kurangkan beban hutang

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah semalam berkata masalah aliran tunai 1MDB ini dijangka pulih menjelang akhir tahun ini.

Katanya, 1MDB mengambil langkah strategik termasuk mengkaji perasionalan tanah yang berada bawah milikannya dan melancarkan IPO pada Jun atau Julai ini.

Bernama melaporkan beliau sebagai berkata 1MDB menggunakan RM600 juta daripada RM950 juta yang diperuntuk kerajaan sebagai kredit tersedia sementara sebelum syarikat itu melancarkan IPO.

"Kita sediakan dana itu kerana kita tak mahu syarikat itu terus berhutang. Hutang itu bukan sahaja akan menambah jumlah perlu dibayar tetapi termasuk kadar faedah.

"Jadi selepas pelancaran IPO dan beberapa lagi langkah, kita mahu syarikat itu melihat semula struktur kewangan mereka bagi mengurangkan beban untuk membayar hutang mereka," beliau dipetik sebagai berkata.

Ahmad Husni, yang juga anggota Parlimen Tambun, turut menegaskan bahawa 1MDB terlibat dalam masalah aliran tunai bukan disebabkan masalah pengurusan atau penyelewengan seperti yang didakwa.

"1MDB terlibat dalam pelaburan jangka panjang, jadi untuk mendapat keuntungan daripada pelaburan yang dibuat itu perlu mengambil masa.

"Penyata kewangan syarikat itu bagi 31 Mac 2013 telah mencatatkan keuntungan cuma bagi 2014 sahaja mereka mencatatkan kerugian," katanya lagi seperti dilapor agensi berita nasional.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS