Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang tweetnya mendapat perhatian Ketua Polis Negara (IGP), Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam, berkata beliau memadamkan tweet tersebut kerana Khalid tidak faham makna di sebaliknya.

"Saya padam tweet kerana IGP tak faham. Lebih baik dipadamkan jika dia tak faham," kata Pua kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau juga menjelaskan bahawa tweet itu bukan bermaksud tidak menghormati Raja-Raja Melayu, tetapi ia salah dibaca oleh IGP.

"Ia tidak ditujukan kepada Raja-Raja Melayu. Sesiapa yang fahami bahasa Inggeris akan tahu," kata ahli Parlimen DAP itu.

Katanya, beliau bersedia dipanggil untuk siasatan berhubung tweetnya dalam bahasa Inggeri yang berbunyi "Bastards. Real bastards. Royal my foot' dalam reaksinya terhadap penangkapan MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar semalam.

"Saya sedia berjumpa dengan beliau... saya tak ada pilihan lain kan?" kata Pua dalam nada sinis.

[Baca berita penuh/asal]