Umno K'tan sokong pindaan enakmen hudud
Kesemua ADUN Umno Kelantan menyokong pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 yang dibentangkan hari ini bagi membolehkan pelaksanaan hukuman hudud di negeri itu.
Memulakan perbahasan Rang Undang-undang itu dengan nada, ADUN Kok Lanas Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata Umno negeri itu akan bersama-sama kerajaan negeri "menghadapi segala rintangan" bagi melaksanakan hukuman hudud.
Beliau yang juga ketua penerangan Umno Kelantan itu berkata, sokongan supaya hukuman jenayah Islam itu dilaksanakan juga adalah kerana Allah.
"Saya sokong hudud ini kerana Allah. Umno sokong juga kerana Allah, bukan kerana politik. Kita akan hadapi masalah yang sama. Mereka datang dari pelbagai kumpulan untuk halang apa yang kita buat.
"Saya bimbang kerajaan negeri terpaksa menghadapi banyak perkara. Maka, marilah kita bersama-sama bersahabat menghadapi rintangan ini," kata Md Alwi sebak.
Selepas menyampaikan perbahasan, Speaker DUN, Datuk Abdullah Ya'kub berkata, beliau berharap agar Md Alwi berucap dari daripada hati.
"Terima kasih kepada Yang Berhormat diatas ucapan yang dilahir daripada hati," kata Abdullah.
[Berita penuh menyusul]

