Di kala pelbagai spekulasi melanda Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, barisan presiden parti komponen BN menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi mereka kepada beliau.

 

"Kami sebagai presiden parti komponen ingin mengisytiharkan sokongan kami kepada kepimpinan Najib dan kita berdiri di belakang beliau untuk memimpin BN dan juga transformasi negara," kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tong Lai di Parlimen.

Antara pemimpin yang hadir Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel, Presiden Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP) Tan Sri M Kayveas dan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Sejak beberapa minggu lalu Najib diserang mengenai berkaitan harta kekayaannya dan pentadbiran beliau dalam syarikat pelaburan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad turut mempersoal mengenai perkara itu.

[Baca berita penuh]