BN kenalpasti kawasan kelabu di Kuala Berang
Walaupun yakin mampu mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang, namun Barisan Nasional (BN) tidak mahu mengambil risiko dan telahpun mengenalpasti beberapa kawasan `kelabu' yang perlu diberikan lebih tumpuan ketika berkempen untuk pilihanraya kecil tersebut.
Walaupun yakin mampu mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang, namun Barisan Nasional (BN) tidak mahu mengambil risiko dan telahpun mengenalpasti beberapa kawasan `kelabu' yang perlu diberikan lebih tumpuan ketika berkempen untuk pilihanraya kecil tersebut.
Penyelaras pilihanraya BN bagi pilihanraya kecil tersebut, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib, berkata pada keseluruhannya, BN akan memberi tumpuan kepada semua kawasan akan diberikan perhatian.
"Kita (BN) akan memberikan tumpuan kepada semua kawasan tanpa mengira sama ada kawasan itu kita kuat atau tidak, tetapi kita mengenalpasti beberapa kawasan yang hendak kita berikan penumpuan dari masa ke semasa, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Muhd Taib tidak menyatakan kawasan-kawasan kelabu terbabit tetapi difahamkan semua merupakan kubu kuat PAS dalam DUN berkenaan.
Dalam pilihanraya Umum Mac lalu, Allahyarham Komaruddin Abdul Rahman mengalahkan calon PAS Dr Mamad Puteh dengan majoriti 1,695 undi bagi merampas kerusi berkenaan.
Dalam tahun 1999, PAS memenangi kerusi tersebut, juga melalui Dr Mamad dengan majoriti 1844 undi.
Sokongan
Bagi kerusi Parlimen Hulu Terengganu pula, calon PAS Muhyidin Abdul Rasyid (
kiri
) tewas dengan majoriti 7760 undi kepada kepada calon BN, Tengku Putera Tengku Awang.
Bagaimanapun, bagi peti undi di DUN Kua Berang, Muhyiddin hanya tewas 423 undi kepada calon BN.
Berikutan itu, PAS telah mencalonkan Muhyidin sekali lagi untuk bertanding menentang calon BN Mohd Zawawi Alias (
kanan
) dalam pilihanraya kecil DUN Kuala pada 28 Ogos ini.
Memandangkan keadaan tersebut, beberapa pemerhati politik tempatan berpendapat BN dan PAS masing-masing mempunyai kekuatan yang seimbang untuk memenangi kerusi tersebut.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 28 Ogos ini sebagai hari pengundian manakala semalam merupakan hari penamaan calon.
Kajian
Pilihanraya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyat kawasan berkenaan Komaruddin Abdul Rahman, 46, pada 30 Julai lepas akibat serangan jantung.
Bernama memetik Muhd Taib yang juga Naib Presiden Umno sebagai berkata, kajian yang dijalankan sehingga ini menunjukkan pihaknya mendapati kira-kira 60 hingga 65 peratus daripada kawasan di Kuala Berang menyokong calon BN.
Namun demikian beliau berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat penyelarasan setiap malam mulai malam ini bagi mengenalpasti isu dan juga tempat yang perlu diberikan penekanan.
"Dari situ kita akan melihat kalau ada perkara kecil dan kita akan memberikan tumpuan bagi menyelesaikannya, sebab itu kita adakan mesyuarat penyelarasan bagi mengambil tindakan susulan seberapa segera," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, gambaran buruk oleh media kepada parti pembangkang adalah strategi kerajaan untuk memenangi pilihanraya tersebut.
"Gambaran buruk ini diadaptasi dari konsep Zionis menguasai media. Kaedah ini dilakukan untuk menghalalkan tindakan kerajaan 'barbarian' itu meneruskan pemerintahan mereka di negara ini," katanya.
Sabotaj
Menurut Harakah Online , Idris berkata demikian sebagai mengulas laporan media mengenai tiga penyokong BN cedera selepas dipercayai ditampar, dipukul dengan kayu dan disimbah air oleh penyokong sebuah parti politik.
Kejadian itu dilaporkan berkata ketika mereka melalui kumpulan penyokong parti berkenaan untuk ke kawasan penyokong Barisan Nasional (BN) di hadapan Pejabat Daerah Hulu Terengganu.
Menurut Idris, sudah menjadi kebiasaan BN untuk menggunakan taktik memburukkan lawan dengan isu yang mereka cipta pada setiap kali pilihanraya.
"Ini termasuklah isu kena pukul, selak kain, sabotaj sana-sini dan pelbagai isu murahan yang dikatakan dilakukan oleh pihak lawan mereka terutamanya PAS," tegas beliau.
Beliau juga mendakwa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah bertindak biadap terhadap calon PAS sewaktu penamaan calon di Dun Kuala Berang semalam.
Menurutnya, Muhyiddin dan beberapa wakil calon diarah duduk di kantin sewaktu proses penamaan berlansung, sedangkan calon BN, diberi keistimewaan duduk di tempat yang mempunyai penyaman udara.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.