PKR telah mencapai keputusan sebulat suara mengenai rang undang-undang hudud tetapi pemimpin parti enggan bercakap mengenai apa sebenarnya telah diputuskan itu.

"Insya-Allah kita akan mempertahankan Pakatan (Rakyat)," katanya Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Md Akin.

Ahli Parlimen Bukit Katil itu ditemui selepas mesyuarat majlis kepimpinan parti itu mengenai rang undang-undang hudud di ibu pejabat parti itu malam tadi.

Shamsul (kanan) berkata parti itu akan mengeluarkan kenyataan rasmi hari ini.

Pemimpin parti itu, termasuk Presiden Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden N Surendran, dan pengarah strategi Sim Tze Tzin, telah membincangkan perkara itu selama dua jam sebelum mencapai ke kesimpulan itu pada jam 11 malam.

Rakan mereka dalam Pakatan, DAP, akan mengadakan mesyuarat yang sama minggu depan.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan telah meluluksn Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) yang telah menjejaskan hubungan antara PAS dan DAP.

Sementara itu, Shamsul berkata, parti itu masih meneliti kes ADUN PKR Guchil, Mohamad Roslan Puteh, yang dikatakan hadir dan mengundi menyokong rang undang-undang hudud apabila ia dibahaskan di DUN Kelantan itu.

"Kami masih mendapat laporan penuh dan lengkap mengenai perkara ini. Terlalu awal bagi kami untuk membuat keputusan mengenai perkara ini, "katanya, sambil menambah bahawa Mohamad Roslan masih ahli PKR.

[Baca berita penuh/asal]