Polis siasat tweet 'royal my foot' MP
Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony hari ini disiasat bawah Akta Hasutan ekoran tulisannya di Twitter yang mengkritik penahanan anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.
Pua hadir ke ibu pejabat polis Bukit Aman di Kuala Lumpur bersama peguamnya Gobind Singh dan beberapa anggota parlimen DAP untuk proses merakamkan kenyataannya.
Gobind berkata Pua memberikan kerjasama dalam siasatan 45 minit itu dan terpulang kepada mereka untuk menyelesaikan siasatan.
Pua berkata pegawai penyiasat kes itu juga mahu laptopnya diberikan untuk tujuan siasatan.
Isnin lepas, Pua dilapor menulis tweet " Bastards. Real Bastards. Royal my foot ".
Beliau kemudian dikatakan menyuntingnya dengan hanya menyebut "Bastards."
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, juga di Twitter, berkata pihaknya mahu Pua menjelaskan apa yang dimaksudkannya dengan “ royal my foot ” dan sama ada dia ditujukan kepada raja-raja Melayu.

