Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anak TPM penyanyi Najwa Mahiaddin diijab kabul
Diterbitkan:  Mar 26, 2015 7:21 PM
Dikemaskini: 1:14 PM

Anak perempuan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Noorainee Abd Rahman selamat diijabkabulkan hari ini.

Najwa selamat dikahwinkan dengan pasangannya Idris Koh Keng Hui di kediaman rasmi timbalan perdana menteri di Putrajaya, lapor Bernama.

Pejabat Timbalan Perdana Menteri dalam kenyataan berkata pasangan itu dinikahkan sendiri oleh Muhyiddin pada majlis yang berlangsung pada 11.40 pagi.

Majlis akad nikah di hadapan imam besar Masjid Putrajaya, Abdul Manaf Mat dan Khatib Dr Sirajuddin Suhaimee.

Najwa berusia 28 tahun manakala pasangannya 29 tahun.

Majlis pernikahan ringkas namun meriah dihadiri kira-kira 300 jemputan yang terdiri daripada ibu dan bapa pengantin lelaki, Chiam Juat Wah dan Koh Lai Poo, anggota keluarga dan sahabat handai, lapor agensi berita nasional.

 

#rewang

A photo posted by Najwa Mahiaddin (@najwamahiaddin) on

Perkahwinan Najwa itu mencuri perhatian umum, bukan sahaja kerana beliau anak kepada orang nombor dua dalam negara, tetapi juga seorang penyanyi dan pencipta lagi berbakat besar yang merangkul beberapa anugerah berprestij dalam negara.

Pemegang ijazah muzik daripada pusat pengajian tinggi muzik terkenal Berklee College of Music, Amerika Syarikat, terkenal dengan dua karyanya EP Innocent Soul (2011) dan album Aurora (2014).

Najwa, atau lebih dikenali Najwa Mahiaddin, seorang pemuzik serba boleh yang berani eksperimentasi dengan pelbagai genre muzik daripada R&D dan soul kepada ghazal.

Beliau antaranya terkenal dengan lagu berjudul How Long Must I Wait dan Got To Go.

 

Priceless :)

Posted by Najwa Mahiaddin on Wednesday, 25 June 2014

Lihat Komen
ADS