Jurang pendapatan M'sia lebih rendah dari S'pura
Diterbitkan: Mar 31, 2015 3:16 PM | Dikemas kini: Mar 31, 2015 3:19 PM
Tahap perbezaan jurang pendapatan di Malaysia lebih rendah berbanding negara Asia lain seperti Jepun, Cina dan Singapura, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Othman Abdul (Umno-Pendang) di Parlimen hari ini.
Razali ( kanan ) sekali gus menolak dakwaan bahawa pengagihan kekayaan di negara ini masih lemah.
Katanya Indeks Gini, kaedah mengukur ketidaksetaraan, di Malaysia menunjukkan mata 0.421, berdasarkan data awal pendapatan isi rumah pada 2014.
Sebagai perbandingan, Indeks Gini bagi Jepun mencatatkan mata 0.488, Singapura (0.478) dan Cina (0.474).
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.