Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Laporan salah bukan alasan untuk tangkap'
Diterbitkan:  Apr 1, 2015 12:00 PM
Dikemaskini: 4:08 AM

Kelab Koresponden Luar Malaysia (FCCM) tidak melihat sebarang alasan bagi polis untuk menahan editor dan penerbit The Malaysian Insider.

Menurut FCCM, tindakan mengikut dua undang-undang ke atas wartawan berkenaan merupakan satu usaha untuk mengekang kebebasan bersuara.

“Pihak berkuasa mesti bertanya jika mereka bertindak ke atas dakwaan hasutan atau hanya 'laporan salah',” kenyataan itu dipetik.

 

Namun, walaupun jika laporan itu salah, wartawan itu tidak sepatutnya ditahan kerana mereka tidak akan melarikan diri.

“Sangat membimbangkan bila polis menggunakan 'langkah pencegahan' ke atas wartawan, seolah-olah mereka adalah pengganas.”

Menteri Pelancongan dan Kebudayaa, Datuk Seri Nazri Aziz semalam mempertahankan tindakan ke atas para wartawan tersebut mengikut Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia.

Menurutnya, TMI “berbohong” dalam laporan mereka berhubung enakmen jenayah hudud.

 

FCCM juga menggesa pihak berkuasa menggantikan tindakan kekerasan seperti itu dengan kaedah yang lebih sopan dan proaktif.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS