Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
TPM: hormati keputusan lembaga pengampunan
Diterbitkan:  Apr 1, 2015 3:43 PM
Dikemaskini: 7:47 AM

Semua pihak perlu menghormati keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata ia merupakan keputusan Yang di-Pertuan Agong berikutan rayuan dikemukakan oleh Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh.

"Telah diumumkan tadi, harus kita hormati dan apapun itu adalah kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk membuat keputusan," katanya dalam sidang media di Jasin hari ini.

Terdahulu, beliau melancarkan Pelan Pembangunan POLYGreen Politeknik Malaysia iaitu sebuah pelan pelaksanaan dan hala tuju strategik bagi amalan teknologi hijau di politeknik seluruh negara di Politeknik Merlimau di Jasin.

Hari ini, Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh berkata Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Anwar melalui keluarganya.

Penasihat PKR itu kini menjalani hukuman penjara lima tahun selepas disabit atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Amarjeet Singh berkata Yang di-Pertuan Agong telah menolak permohonan Anwar dalam mesyuarat lembaga itu pada 16 Mac lalu. Oleh yang demikian, Anwar hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen berdasarkan Perkara 48(4)(c) Perlembagaan Persekutuan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS