Kira-kira 20 peserta protes berhimpun berdekatan pejabat Malaysiakini di Petaling Jaya hari ini menggesa supaya portal berita itu ditutup.

Kumpulan itu, dari Gabungan Melayu Bersatu Demi Islam, menuduh laman web itu memutarbelit berita, memecahbelahkan rakyat Malaysia, dan mengelirukan orang muda.

" Malaysiakini suka pusing cerita.. kita tidak mahu bila pusing cerita, boleh jadi perbalahan kaum.. Kita suruh mereka jangan jadi organ politik.

"Kita minta kepada pihak berkuasa untuk ambil tindakan sekeras-kerasnya... supaya Malaysiakin i ditutup," kata pengerusi gabungan itu, Ariffin Abu Bakar

"Kebanyakan cerita yang kita tengok, ia mengelirukan anak-anak muda, contohnya GST," katanya.

Beliau berkata, gabungan itu juga akan membuat laporan polis terhadap Malaysiakini tidak lama lagi, tetapi enggan menyatakan mengenai apa.

"Kami masih meneliti," katanya.

Protes berakhir selama kira-kira 10 minit. Mereka membawa sepanduk bertulis 'Malaysiakini pencetus perbalahan kaum', 'Malaysiakini stop spinning', dan 'Hormati Raja Melayu'.

Mereka juga melaungkan 'Tutup Malaysiakini'.

Mereka mengakhir protes itu dengan menyuarakan sokongan mereka kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kumpulan itu sebelum ini telah mengatakan protes yang sama di pejabat Malaysian Insider di Petaling Jaya berhubung laporan mengenai Majlis Raja-Raja Melayu dan hudud.

[Baca berita penuh/asal]