Malaysiakini BERITA

'Penjara tak benar Anwar nikmati air zam-zam'

Susan Loone  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata suaminya tidak dibenarkan menikmati makanan dan air zam-zam yang dibawa oleh keluarganya sewaktu lawatan terakhir di penjara Sungai Buloh.

Dr Wan Azizah berkata ketika keluarga menziarahi Datuk Seri Anwar Ibrahim Jumaat lalu, mereka membawakan kepadanya air zam-zam.

"Kami juga membawa buah kurma dan madu kepadanya kerana beliau berpuasa daripada Isnin hingga Rabu," katanya ketika ditemui di parlimen Permatang Pauh semalam.

"Kami juga membawa air zam-zam tetapi mereka tidak membenarkan Anwar menikmatinya. Pengawal penjara berkata mereka hanya mengikut arahan," kata Wan Azizah sambil menegaskan ia bukan sebahagian prosedur biasa jabatan penjara.

Ditanya sama ada beliau marah dengan layanan seperti itu, Wan Azizah hanya menjawab "Tidak mengapa. Ia adalah penjara mereka."

[Baca berita asal]