Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) hari ini menyampaikan sumbangan sebanyak RM20,000 kepada pusat perlindungan kanak-kanak, Yayasan Gurpuri, Ulu Kelang.

Sumbangan tahunan itu itu disampaikan oleh Yang Dipertua badan itu Rosmah Mansor.

Acara selama dua jam itu disertai seramai 70 penghuni yayasan tersebut. Rosmah tidak berucap dalam acara itu.

Selepas acara tamat, Rosmah sempat beramah mesra dengan kanak-kanak di situ.

Seorang kanak-kanak kelihatan tersiku lengan Rosmah ketika isteri perdana menteri itu menuju ke kereta.

“Saya bawa balik awak, jangan tolak-tolak saya. Nanti saya bawa awak balik rumah,” katanya sambil disambut gelak kanak-kanak itu.

Rosmah juga terus mengelak daripada didekati pemberita yang mahu mengajukan soalan padanya.

Isteri Datuk Seri Najib Razak itu tidak mengendahkan panggilan wartawan dan terus berlaku pergi.

Beliau bagaimanapun sempat melambai sebelum beredar.