Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) mendesak agar pengusaha diwajibkan mendapat pengesahan kerajaan terlebih dahulu sebelum dibenarkan mengutip caj perkhidmatan.

Timbalan presidennya, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata ia akan dapat mengelakkan pengusaha hotel dan restoran itu memalsukan kelayakan mereka untuk mengutip caj tersebut.

Ini memandangkan, pengusaha perniagaan itu disyaratkan untuk memeterai perjanjian bersama dengan para pekerja terlebih dahulu, sebelum mengenakan bayaran tersebut.

Mohd Yusof berkata, pengusaha berkenaan sepatutnya perlu mendapat pengesahan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Caj perkhidmatan itu sepatutnya disalurkan kepada kakitangan bagi menggantikan sistem bayaran tip seperti diamalkan di negara lain.

“Peniaga (hotel dan restauran) perlu pergi ke pejabat KPDNKK dengan membawa documen berkaitan seperti perjanjian bersama untuk pengesahan KPDNKK.

 

“ Kemudian notis kutipan caj perkhidmatan harus dikeluarkan oleh KPDNKK untuk peniaga memaparkan dalam kedai,” kata Mohd Yusof kepada Malaysiakini .

[Berita penuh menyusul]