Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan tangguh pindaan ke atas CPC
Diterbitkan:  Apr 9, 2015 12:00 AM
Dikemaskini: 5:12 PM

Kerajaan menangguhkan pindaan ke atas Kanun Prosedur Jenayah apabila Majlis Ahli Parlimen BN menimbulkan kebimbangan ke atas rang undang-undang itu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Wan Junaidi Jaafar berkata, beliau maklum dengan kebimbangan yang disuarakan BNBBC dan sudah mengadakan pertemuan dengan para MP tersebut.

“Mereka tidak begitu setuju dengan rang undang-undang ini.

"Kita perlu mendengar kebimbangan daripada semua pihak. Kebimbangan mereka perlu diambil kira.

“Saya sudah berbincang dengan menteri dan menteri setuju untuk menangguhkan pindaan,” katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.

MP Santubong itu menjelaskan, pindaan tersebut akan dirujuk semula kepada Pejabat Peguam Negara untuk menggariskan kebimbangan para MP BN.

"Saya akan bincangkan semula rang undang-undang ini dengan kementerian dan ia akan dikemukakan semula kepada AG.

“Saya akan gariskan perkara yang dibangkitkan oleh BNBBC agar diberi perhatian,” kata Wan Junaidi.

Undang-undang membenarkan untuk rang undang-undang itu ditangguhkan, katanya yang menambah, para MP berkenaan bimbang dengan kuasa meluas yang diberikan kepada polis dalam cadangan itu.

Dengan itu, pindaan ke atas Akta Keterangan juga akan ditangguhkan kerana ia berkaitan dengan pindaan ke atas Kanun Prosedur Jenayah, katanya.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS