Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Seorang menteri Umno berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak lebih berupaya menarik sokongan pengundi Melayu berbanding PM keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tampil dengan modal itu untuk mempertahankan Najib, yang kini diserang hebat oleh Mahathir.

"Keputusan PRU 13 menunjukan bahawa sokongan kepada Umno meningkat.

Sebagai presiden Umno, Datuk Seri Najib membawa perubahan di dalam Umno dan sokongan (pada) Umno semakin meningkat waktu pilihan raya yang lepas.

"Ini berbeza waktu pilihan raya 1999, waktu Mahathir menjadi president Umno, yang mana waktu itu sokongan orang Melayu kepada Umno menurun.

"Dan semua akui bahawa BN menang waktu itu kerana sokongan daripada parti komponen,” katanya

Menteri pertanian dan industri asas tani itu bercakap kepada pemberita selepas satu program kementeriannya di Lembaga Pertubuhan Peladang, Kuala Lumpur.

Najib sehingga kini masih berdiam diri dan enggan menjawab kritikan Mahathir ke atasnya.

Antara lain, Mahathir membangkitkan mengenai motif pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan juga masalah pentadbiran dana 1Malaysia Development Bhd.

Lihat Komen
ADS