Hanya RCI boleh selamatkan Najib
Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Prime Minister Najib Abdul Razak perlu menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Bagaimanapun, beliau tidak percaya Najib berani berbuat demikian.
"Hanya satu RCI ke atas pembunuhan tersebut dan tindakan pelbagai pihak berkuasa dalam kes ini yang boleh menyelamatkan kewibawaan dan reputasi Najib dan pentadbirannya dan sumpahan Mongolia itu,” katanya.
Tambahnya, Najib perlu proaktif dan tidak hanya bergantung kepada penafian dan sumpahnya jika mahu masyarakat umum percaya bahawa perdana menteri itu benar-benar tidak terlibat dengan kes berkenaan.
"RCI tersebut akan menjadi proses penyembuhan bagi Malaysia, bukan sahaja untuk mengembalikan keyakinan terhadap ingeriti dan profesionalisme institusi negara.
"(Ia juga akan mengembalikan) kredibiliti di peringkat antarabangsa serta reputasi Perdana Menteri dan kedaulatan undang-undang di negara ini," katanya.
Menurut Lim, RCI itu perlu menyiasat perkara berikut:
- Siapa yang mengarahkan supaya Altantuya dibunuh?
Dalam rakaman khas itu, Najib menegaskan bahawa beliau tidak bersalah dalam kes itu.
Rakaman khas itu dibuat susulan serangan terbuka oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu siasatan dibuat untuk mengenalpasti individu yang mengarahkan Altantuya dibunuh.
Mahathir menyuarakan tuntutan itu susulan dakwaan bekas komando polis, Sirul Azhar Umar bahawa beliau hanya bertindak mengikut arahan.

